Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku selepas pelajar makan hidangan ayam tandoori yang dimasak di dapur kantin sekolah terbabit, pada Jumaat lalu.
Exco Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, bagaimanapun kesemua pelajar berkenaan sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Seramai 28 pelajar yang terbabit, kesemuanya sudah dibenarkan keluar dari hospital semalam dan hanya satu dirujuk ke klinik kesihatan.
“Siasatan masih dilakukan dengan mengesan sampel makanan itu,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: