Disebabkan kurma mengandungi tinggi serat, ia akan melancarkan sistem pencernaan tubuh badan anda. Terutamanya ketika bulan puasa, kita akan berbuka dengan portion yang banyak kerana seharian bertahan lapar.
Oleh itu, dengan makan kurma ia akan membantu anda melancarkan pergerakan usus besar dan mengelakkan sembelit.