Seperti contoh, alamat yang diberikan oleh pelanggan tidak tepat dan membuatkan rider sukar untuk mencari lokasi penghantaran.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang anggota polis baik hati menolong rider untuk menghantar makanannya telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @arifaimanahmad, kelihatan rider berkenaan bertanyakan kepada polis tersebut akan di mana lobi 2 blok E kerana dia sudah tersalah lokasi.
Disebabkan lobi 2 agak jauh dari situ, polis berkenaan dengan baik hati menolong untuk menghantar rider itu ke sana menaiki motosikal kepunyaannya.
Sebaik saja selesai menghantar makanan, rider itu mengucapkan terima kasih kepada polis tersebut atas pertolongan yang diberikan. Malah, cara mereka berborak juga kelihatan seperti sudah lama kenal.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: