Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

ABIM Sahkan Lelaki Yang Hampir Jatuh Di Kejadian Tanah Jerlus Masjid India Peluk Islam

today29 August 2024

Background


Menerusi sebuah gambar yang tular di media sosial susulan insiden tanah jerlus itu, difahamkan lelaki terbabit yang didakwa bernama Haridath dan merupakan warganegara Malaysia kemudian mengunjungi pejabat ABIM di Masjid Negara.

“Dia terduduk, kakinya terlunjur ke dalam lubang. Dia serta merta bangun berdiri melarikan diri dari lubang itu. Masya-Allah, semalam di pejabat ABIM di Masjid Negara, pemuda ini datang berjumpa kami dengan dua orang kawannya.

“Beliau bernama Haridath, seorang India beragama Hindu -rakyat Malaysia. Beliaulah pemuda di dalam video tular yang terselamat daripada ditelan tanah jerlus itu.

“Sebaik sahaja terselamat, dia terus membuat keputusan hendak masuk Islam secepat mungkin. Dia benar-benar yakin dengan adanya Allah SWT dan Allah SWT telah menyelamatkan dia dari ditelan bumi. Maka dia terus yakin yang Allah sayangkan dia dan dia mesti masuk Islam dan menjadi seorang muslimin,” tulisnya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post

Luar Negara

‘Tokoh misteri’ di sebalik Telegram

Paris: Usahawan teknologi kelahiran Rusia, Pavel Durov mengasaskan rangkaian sosial yang sangat popular, mata wang kripto, mengumpul kekayaan berbilion dolar dan mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa di negara asal dan di seluruh dunia. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today29 August 2024