Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Ada Kelebihan Ke Jadi Personal Shopper?

today18 March 2021

Background

Personal Shopper atau bahasa Melayu, Pembeli Persendirian. Bagi yang tidak tahu, Pembeli Persendirian adalah satu pekerjaan seperti personal driver.

Wujudnya pekerjaan ini apabila ada segelintir daripada kita mungkin tiada masa atau tidak gemar untuk bersesak-sesak di tempat umum untuk membeli barang jadi pembeli menggunakan khidmat mereka ini untuk membantu  membeli barang yang pembeli inginkan.

How to Become a Personal Shopper: 5 Tips for Shopping Professionally - 2021 - MasterClass

Malah lebih mengejutkan lagi, personal shopper bukan saja membeli barangan aksesori, perabot atau pakaian tapi membeli ubat-ubatan juga.

Jadi, Kool Talk pagi tadi mengupas topik ini adakah khidmat personal shopper efektif untuk dijadikan satu kerjaya bersama salah seorang pendengar Kool FM yang juga merupakan seorang personal shopper, Airin.

Menurutnya, kerja ini bergantung kepada personal shopper tersebut sama ada dia mengambil caj yang banyak atau tidak.

“Jika tinggi caj yang diambil maka banyaklah pendapatan yang diperoleh tapi mungkin tidak menerima pelanggan kerap kerana semestinya pembeli ingin memilih upah personal shopper yang lebih murah,” jelasnya.

Untuk dengarkan perbincangan lebih terperinci, klik saja disini. 

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

Perkampungan penuh magis | Harian Metro

BAGI ramai orang yang pernah sampai ke Pendang, Kedah, pasti tidak melupakan panorama indah sawah padi yang terbentang selain hidangan kampung ditawarkan dengan harga berpatutan. Terkini satu tarikan baru dicetuskan anak jati Pendang, Dil Akbar Jaafar, 41, yang membuka satu perkampungan adat Melayu unik di Kampung Bendang Bukit. Gambaran suasana perkampungan tradisi itu boleh disamakan dengan adegan pernah dilihat dalam filem seperti Magika ataupun Lang Buana yang mengekalkan cara hidup... […]

today18 March 2021