Dalam proses membesarkan anak-anak, adakah anda mengamalkan konsep Gentle Parenting? Apa itu Gentle Parenting? Kalau kita guna konsep ini, maksudnya kita suka memanjakan anak-anak? Pagi On Point Bersama PakNil, Haiza dan Muaz membincangkan topik mengenai Gentle Parenting dan menemubual Tuan Fhais selaku Parenting Coach.
Adakah sesuai Gentle Parenting dipraktikkan di Malaysia?
Tuan Fhais berkata, Gentle Parenting ini bukan soal boleh atau tidak, tetapi perlu dilakukan. Kebiasannya orang nampak seperti nak manjakan anak, tetapi ia sebenarnya lebih daripada itu.
“Gentle Parenting ini sebenarnya berteraskan tolak ansur, empati, ada limitation, ada disiplinnya tapi dalam keadaan yang lembut. Dalam masa yang sama, dia menggalakkan saling menghormati parents dan anak.”
Katanya, Gentle Parenting lebih kepada child-parent oriented. Maksudnya anak dahulu, apa yang anak perlukan dan tak boleh buat pada fasa-fasa tertentu. Paling penting adalah saling menghormati, ibubapa hormat anak dan ibubapa mengajar anak untuk menghormati ibubapa semula. Beliau turut memberikan contoh Nabi Muhammad SAW yang paling lembut dalam mendidik anak-anak.
“Orang yang paling lembut ialah Nabi Muhammad SAW, paling sopan. Baginda menegur orang pun dengan cara yang lembut. Ini apa yang saya fahamlah.”
View this post on Instagram
Perbezaan Gentle Parenting dan Asian Parenting
Tuan Fhais menekankan, Gentle Parenting adalah cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak. Katanya, lawan pada Gentle Parenting ini adalah Asian Parenting. Asian Parenting ini bukan child-parent oriented tetapi ia terbalik, parent-child oriented. Maksudnya keperluan dan situasi ibubapa itu dahulu, anak nombor 2.
Asian Parenting ini terlalu menekankan disiplin yang tinggi pada usia anak itu belum mampu. Beliau berkata, disiplin itu bagus tetapi apabila ibubapa terlampau memberi tekanan yang tinggi, jadi anak pada usia yang awal ini mereka tidak boleh absorb tekanan tersebut.
“Sebab itu kalau kita tengok statistik National Health and Morbidity Survey di Malaysia, mental health di kalangan kanak-kanak usia 5 hingga 15 tahun semakin meningkat. 2019 sahaja, 434,000 kanak-kanak didiagnos dengan masalah kesihatan mental. Ini yang dah didiagnos, yang tak didiagnos?”
Kesan didikan yang salah akan dilihat pada anak setelah melepasi fasa Golden Age
Menurut Tuan Fhais, ramai ibubapa khususnya di Malaysia mengambil mudah dalam mendidik anak-anak. Sedarkah kita, anak-anak yang masih kecil ini perlu dibimbing dari awal dengan cara Gentle Parenting? Katanya, kita dapat lihat kesan negatif dari cara didikan ibubapa yang salah apabila anak-anak melepasi fasa Golden Age.
“Ramai mak ayah di Malaysia khususnya, take for granted kenaifan dan kedaifan anak kecil. Kita buat macam mana pun, dia masih panggil ibu panggil ayah, dia minta lagi susu, dia sakit dia jumpa mak ayah sebab dia naif dia tak tahu buat apa. Kesannya kita hanya akan nampak selepas anak ini sudah melepasi fasa Golden Age, 6 tahun dan ke atas.”
Katanya, ketika itulah baru ibubapa nampak impak daripada culture parenting yang sudah dibiasakan sejak kecil. Ia kerana, kanak-kanak umur 6 tahun ke atas sudah boleh berfikir, berakal dan boleh membuat keputusan sendiri. Oleh itu, beliau berkata ketika inilah boleh nampak kesannya sama ada anak itu menjadi lawan atau kawan.
Ciri-ciri Gentle Parenting
Menurut artikel Sirap Limau yang memetik seorang pengguna Facebook iaitu Wawa Shauqi, ada 6 ciri-ciri utama ‘Gentle Parenting’
- Parenting guna akal, bukan guna emosi.
- Parenting secara ‘coaching’, bukan ‘bossy’.
- Memberi ‘Secure Base’ untuk anak. Supaya anak tak perlu cari orang luar untuk dia rasa selamat.
- Tidak melihat anak sebagai nakal, sebaliknya cara anak beritahu, ‘saya perlu diajar dengan baik’ dan ‘ada sesuatu yang tak kena pada saya’.
- Meletakkan peraturan yang sesuai pada anak. Dalam masa yang sama, meraikan fitrah mereka.
- Memahami keperluan perkembangan anak, bukan memaksa anak ikut kehendak peribadi kita.
Apa yang ibubapa akan dapat jika membesarkan anak-anak menggunakan konsep Gentle Parenting? Hasilnya, anak-anak akan menjadi manusia yang:
- Lebih ceria
- Lebih akrab perhubungan sesama ahli keluarga
- Lebih pandai mengawal emosi
- Lebih bijak dalam sosial dan komunikasi
- Lebih beradab dan berempati
- Lebih sihat mental dan emosi
- Lebih berdaya tahan. Jatuh berkali-kali dia akan bangkit melawan.
Dengarkan perbualan penuh Pagi On Point Bersama Pak Nil, Haiza dan Muaz di KoolCast sekarang.