Masa depan Ethan Mbappe di PSG kini dalam masalah. Ini selepas Nasser Al Khelaifi membabitkan adik Kylian Mbappe itu dalam perang peribadinya dengan Kylian Mbappe.
Ethan Mbappe dianggap prospek cerah untuk bola sepak Perancis. Namun kini pemain itu tidak disukai oleh Nasser Al Khelaifi.
L’Equipe melaporkan bahawa, dalam aksi menentang Toulouse pada Mei 2024 yang lalu, Nasser Al Khelaifi mengeluarkan arahan dengan kuasa vetonya meminta Luis Enrique jangan menyertakan nama Ethan Mbappe dalam perlawanan itu. Sama ada sebagai pemain kesebelasan utama ataupun simpanan sekalipun.
Ketika itu Enrique sudah menyenaraikan pemain itu dalam senarai 25 pemainnya untuk hari perlawanan. Nasser Al Khelaifi yang bengang dengan Kylian Mbappe yang memutuskan tidak mahu melanjutkan kontraknya denagn PSG. Dan PSG sudah tahu pemain itu mahu ke Real Madrid.
Ethan Mbappe yang mendapat tahu perkara itu dikatakan berkurung di bilik persalinan dan menangis.
Nasser Al…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: