KUALA LUMPUR – AEON Wellness, salah satu unit perniagaan dalam AEON Co (M) Berhad, memiliki keunikannya tersendiri untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang penjagaan kesihatan dan kecantikan berbanding pemain lain.
Ketua AEON Wellness, Wilson Lim berkata, antara kelebihan syarikat adalah ia memiliki kumpulan dedikasi khusus sebagai penasihat kecantikan dan juga ahli farmasi dalam outlet tertentu yang akan membantu pelanggan mendapat khidmat nasihat mengenai masalah kesihatan dan penjagaan kecantikan.
Menurut beliau, syarikat juga aktif menganjurkan pelbagai aktiviti lain untuk mendekati pelanggan selain menyediakan perkhidmatan mesin analisis kulit wajah yang disediakan di outlet tertentu secara percuma kepada pelanggan.
“Ini adalah perkhidmatan terbaharu syarikat dan ia bertujuan untuk membantu pelanggan mengetahui tahap kesihatan kulit wajah masing-masing serta dalam masa yang sama, mereka akan dapat mengenal pasti produk yang bersesuaian dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: