Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ahmad Dhani Puji Orkestra Malaysia Lebih Baik Berbanding Indonesia

today29 September 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Komposer dan ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani memuji pasukan orkestra Malaysia yang baginya tampak lebih baik berbanding kumpulan orkestra di Indonesia.

Artikel Berkaitan:

Beliau berpendapat bahawa Malaysia mempunyai kelebihan memandangkan pasukan orkestra yang ada di negara ini mendapat sokongan kerajaan berbanding di Indonesia yang mana muzik tersebut masih dianggap sebuah budaya baharu.

“Sebagai seorang yang dikatakan pakar dalam bidang muzik, selepas menjalani latihan bersama pasukan orkestra Malaysia, ternyata kualitinya lebih bagus berbanding di Indonesia.

“Kalau di Indonesia, ahli orkestra memang orang asal Indonesia, tapi di sini saya dengar ahlinya terdiri pelbagai negara. Lagi pula orkestra bukan budaya kita,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar dan sesi latihan konsert di Axiata Arena.

Dalam masa sama, Ahmad Dhani juga berharap muzik orkestra akan dapat berkembang dan diterima baik di Indonesia seperti di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post