Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Akibat Masalah Keluarga, Individu Cuba Terjun Dari Tingkat 6 Tempat Parkir

today8 August 2024

Background


Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan pihaknya mendapati lelaki tempatan itu cuba terjun dipercayai akibat masalah keluarga.

“Namun, mangsa diselamatkan seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang kebetulan berada lokasi kejadian.

“Lelaki itu kemudian diserahkan kepada Pondok Polis Setia Alam dan berada dalam keadaan baik,” katanya.

Siasatan lanjut kemudian mendapati lelaki itu mengalami masalah kesihatan mental dan menerima rawatan di Hospital Serdang. 

Waris iaitu bapa saudara mangsa telah dihubungi untuk tindakan selanjutnya. Mangsa dipercayai bukan tinggal di Setia Alam.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Ellina Chan


Previous post