BAGI pemilik kereta, rutin penjagaan kenderaan dilakukan dari bahagian dalam sehingga luar untuk mendapatkan pengalaman pemanduan yang optimum.
Daripada penyelenggaraan hingga kebersihan, penting untuk memastikan kereta berada dalam keadaan baik.
Namun, menjaga kebersihan bahagian dalam kereta boleh menjadi rumit, terutama jika ada kotoran dan pasir yang terperosok ke dalam kenderaan dari kasut pemandu serta penumpang.
Alas kaki kenderaan berfungsi untuk memastikan lantai kereta bersih daripada kotoran dan kelembapan, justeru pastikan anda menggunakan yang berkualiti serta mesra alam sekitar.
Menyedari masalah yang terdapat pada alas kaki kenderaan biasa, jenama aksesori automotif, Trapo menawarkan penyelesaian alternatif yang selamat, bersih dan selesa.
Ditubuhkan pada Jun 2016 oleh Zare Lee dan Tzong Lee, Trapo memperkenalkan alas kaki kenderaan baharu yang bergaya merangkumi, Generasi Kedua Trapo Hex II, Trapo Classic Mark 3 dan Trapo Eco II.
Mesra alam sekitar
Sebagai syarikat induk Trapo, Supreme dikhususkan dalam pembuatan busa EVA untuk kegunaan komersial, perindustrian dan pembinaan yang menghasilkan 300 tan buih buangan yang perlu dikitar semula setiap tahun.
Trapo dengan bijak menggunakan sisa daripada busa EVA dan memprosesnya ke dalam alas kaki kenderaan mereka yang diperbuat daripada 20 peratus bahan buangan dan 80 peratus bahan mentah.
Selain warna hitam, alas kaki ini juga terdapat dalam warna kelabu dan coklat.
Untuk setiap ukuran standard alas kaki kenderaan Trapo, kira-kira 12 botol RPET (polietilena tetrafit kitar semula) digunakan untuk membentuk lapisan tepi alas kaki kenderaan tersebut.
Mereka hadir dalam pelbagai warna seperti merah, hitam, biru, kelabu dan baru-baru ini mereka memperkenalkan warna baharu seperti coklat dan hijau tua.
Selain mesra alam sekitar, ia diberi sentuhan reka bentuk dengan alur yang dalam bagi menangkap kotoran dan lumpur dengan mudah.
Oleh kerana alas kaki kenderaan Trapo kalis air, ia bukan sahaja berfungsi dengan lebih baik untuk memastikan bahagian dalam kereta tetap kering, malah memudahkan pembersihan dan pengeringan dalam masa 15 minit.
Pemilik kereta akan seronok apabila mengetahui alas kaki kenderaan Trapo tidak mengeluarkan bau plastik yang kuat, seperti diperbuat daripada jenis gegelung PVC.
Bau jenis ini sering menimbulkan rasa kurang enak dan menyakitkan kepala, justeru alas kaki kenderaan Trapo adalah pilihan lebih baik.
Malah, teknologi antigelincir memastikan ia tidak akan bergerak ketika memandu dan memasuki atau keluar dari kereta.
Trapo Hex II
Walaupun Trapo Hex sudah diketahui mampu bertahan lama, Trapo Hex II kini 10 kali lebih tahan lama menjadikannya satu peningkatan besar untuk model ini.
Ia menggunakan FIX, sistem antigelincir berbanding alas kaki kenderaan yang lain. Ciri ini memberikan prestasi antigelincir yang lebih baik tanpa merosakkan lantai kereta.
Bahagian terbaik mengenai alas kaki ini adalah ia mampu *menghilangkan 99.99 peratus bakteria dengan bilasan air yang sederhana.
Ini kerana ia dilengkapi dengan Bactekiller, agen antibakteria dari teknologi ion perak yang dipatenkan oleh Jepun.
Untuk mengembangkan lagi konsep perniagaan mesra alam mereka, Trapo menaiktaraf plat logam dari generasi Hex sebelumnya ke plat sekam padi baharu yang bukan hanya kelihatan lebih baik, tetapi mesra alam.
Ketahui lebih lanjut mengenai Trapo Hex II di sini.
Trapo Classic Mark 3
Sama dengan Trapo Hex II, alas kaki ini dapat *menghilangkan 99.99 peratus bakteria selepas dibilas dengan air.
Dengan mekanisme penghilang bau, alas kaki kenderaan ini tidak mempunyai bau getah yang tidak menyenangkan dan tidak akan ada bau busuk kerana ia senang dibersihkan.
Trapo Classic Mark 3 tahan tiga kali lebih lama dan mempunyai fungsi antigelincir yang lebih baik dengan Trapo Velcro 2.0.
Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Trapo Classic Mark 3 di sini.
Trapo Eco II
Merupakan pilihan paling berpatutan berbanding yang lain, Trapo Eco II mudah dibersihkan dan membantu menyembunyikan habuk.
Pelapik fleksibel (Trapo Eco Duo) adalah ciri tambahan pada Trapo Eco II dan boleh diletakkan di mana sahaja di atas alas kaki dan pengguna dengan mudah dapat mengeluarkannya dengan jari.
Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Trapo Eco II di sini.
Dari 28 hingga 30 Oktober, pembeli yang berminat dapat menikmati potongan harga 15 peratus untuk alas kaki kenderaan baharu Trapo.
Selain itu, 30 pembeli pertama yang membeli alas kaki kenderaan ini akan menerima Oxtra Handheld Vacuum percuma.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai alas kaki kenderaan Trapo, kunjungi laman web mereka.
*Hasil mungkin berbeza bergantung pada jangka waktu kotoran bersentuhan dengan air