Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

AmBank terima Anugerah Tempat Kerja Luar Biasa oleh Gallup Inc

today15 April 2025

Background


PETALING JAYA – Kumpulan AmBank telah mendapat pengiktirafan dengan Anugerah Tempat Kerja Luar Biasa Gallup untuk Penglibatan Modal Insan daripada  Gallup Inc yang
berpangkalan di Amerika Syarikat.

Pengiktirafan berprestij ini menyerlahkan komitmen Bank untuk memupuk persekitaran
kerja di mana pekerja berasa dihargai, terlibat dan diperkasa melalui
pelbagai program penglibatan dan pembangunan Bank untuk kakitangannya.

Kumpulan AmBank ialah satu-satunya institusi kewangan di Malaysia yang
menerima anugerah tersebut tahun ini, dan ini menandakan pengiktirafan
sulungnya daripada Gallup.

Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan AmBank, Tricia Lim berkata, pencapaian ini mencerminkan usaha berterusan pihaknya untuk menyepadukan penglibatan merentasi semua peringkat kitaran hayat pekerja.

“Di AmBank, kami percaya bahawa kakitangan kami adalah aset terbesar kami dan pengiktirafan ini mengukuhkan dedikasi kami untuk mewujudkan tempat kerja yang
berkembang maju, yang memacu kejayaan untuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post