Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Anak Saya Tidak Diberi Masuk, Anak Sheikh Muszaphar Boleh Pula,” – Netizen Terkilan..

today15 February 2021

Background

Masih lagi kecoh dengan Standard Operating Procedure (SOP) dua darjat antara ahli menteri dan rakyat di mana ahli menteri tidak perlu kuarantin dalam tempoh lama jika pulang dari luar negara manakala rakyat pula sebaliknya.

Kini, timbul lagi isu dua darjat antara B40 dengan T20 apabila seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama Afif Fathullah meluahkan rasa tidak puas hati dengan SOP pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan twitter.

Ciapan tersebut berbunyi, pada 12 haribulan lalu dia dan anaknya pergi ke Taman Botani, Kuala Lumpur tapi, penjaga di situ mengatakan pihak DBKL tidak membenarkan kanak-kanak masuk ke kawasan tersebut.

Image

Pada awalnya dia terima arahan tersebut memandangkan kini kerajaan sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, dia berasa kecewa apabila keesokkannya melihat angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor memuat naik foto empat orang anaknya sedang beriadah memberi ikan di tasik makan. Jadi, dia meminta pihak DBKL menjelaskan SOP yang sebetulnya.

Image

Dalam pada masa yang sama, dia turut menegaskan tidak menyalahi angkasawan tersebut tapi dia agak terkilan jika undang-undang tidak dipraktikkan pada semua orang dengan cara yang adil.

Menjengah ruangan komen, ada yang mengatakan mereka boleh masuk taman tersebut tanpa ada sebarang isu dan ada juga yang turut meluahkan rasa kecewa terhadap DBKL.

May be a Twitter screenshot

May be an image of tree, outdoors and text that says "sugaR @RveilL- 14h Replying to @afifuze Lah. Pagi tadi kita org pegi m je bdk2.. yg polis bwk baby pn ad"

May be a Twitter screenshot of text that says "saroki @saroki19 Feb 13 Replying to @afifuze and @DBKL2u Welcome to new norm in Malaysia. different SOPs for different people. Abah only rotan those normal citizens 6 18 AhmadHilmy @Sir_AhmadHilmy Feb 13 Replying to @afifuze @akamilkhadzari and @DBKL2u Wey sakai @DBKL2u. Tolong keluarkan SOP betul2. Apa pasal ada yang boleh masuk, ada yang tak boleh? Lain kali nak buat SOP kasi yang staff berpengalaman skit buat kerja. Kau bagi Intern buat kerja, supervisor tak review SOP, memang ada misscomm. Jangan kerja mcm cincai boleh? 1 22"

No photo description available.

Harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ramai Kagum Dr Sheikh Muszaphar Ajar Anak Kembarnya Sejak Usia 3 Bulan

Sheikh Eusoff & Sophea Emelia Pilihan Nama Baby Baru Dr. Sheikh Muszaphar Dan Isteri

 

 

 

 

Sumber: twitter

 

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Dasar perkukuh perpaduan dalam kepelbagaian

Kuala Lumpur: Dasar Perpaduan Negara menggariskan usaha berterusan untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan rakyat, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, dasar itu selaras dasar utama negara seperti Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, Rancangan Malaysia Lima Tahun dan dasar lain yang berkuat kuasa. Seiring penggubalan itu, Kementerian Perpaduan Negara menghasilkan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2030 yang menyokong strategi dan menetapkan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today15 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *