Menerusi laporan daripada Sinar Harian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam satu sidang media selepas majlis amanat tahun baharu 2025 Kementerian Pengangkutan berkata, penggunaan kamera badan bagi anggota JPJ di lapangan akan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan khususnya melibatkan kenderaan berat.
Tambah beliau, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli sebelum ini meminta supaya anggota jabatan itu dilengkapkan dengan penggunaan kamera badan supaya imej, keselamatan dan integriti setiap anggota bertugas berada pada tahap tertinggi.
“Pemakaian kamera badan ini bukan sahaja untuk memastikan imej dan integriti JPJ dijaga, tetapi juga dapat melindungi anggota JPJ.
“Seperti yang saya katakan, kadangkala anggota-anggota (JPJ) kita juga dicemuh, dihina, dituduh macam-macam. Jadi, dengan adanya kamera badan ini, anggota JPJ dilindungi kerana apa sahaja bukti semasa mereka menguasakan undang-undang dapat dirakam,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: