Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Buletin FM

ASIA PACIFIC CLIMATE WEEK 2023

today9 November 2023

Background

Buat julung kalinya, Asia Pacific Climate Week 2023 (APCW) anjuran Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama pelbagai agensi bakal berlangsung pada 13 hingga 17 November ini bertempat di Persada Johor, Johor Bahru.

Bersempena penganjuran APCW 2023, acara yang diadakan selama lima (5) hari ini akan dimeriahkan dengan pelbagai pengisian aktiviti yang telah disusun antaranya Karnival Iskandar Puteri, Iskandar Puteri Hiking Challenge yang dijangka akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor, Iskandar Puteri Fun Ride, “Kids Nature Walk”, pameran dan jualan, persembahan artis bertempat di Sireh Park, Taman Nusa Idaman, Iskandar Puteri serta acara Fun Run anjuran oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 11 Nov di Bandaraya Johor Bahru.

Bukan itu sahaja, persembahan kesenian dan kebudayaan Johor oleh Yayasan Warisan Johor turut diadakan di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan perkarangan JBCC dengan menampilkan Festival Anak Seni Johor, Temasya Riuk Ek! Persembahan Busana Johor, Tarian Flash Mob, persembahan gendang Melayu, Cina & India dan banyak lagi!

Jangan lupa temu janji kita, penuhi masa terluang anda bersama keluarga dan rakan-rakan sambil berhibur dengan pelbagai kemeriahan yang bakal disediakan oleh pihak penganjur sepanjang lima (5) hari acara berlangsung.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara ini!

Maklumat lanjut, layari laman sosial media Tourism Johor.

Poster Acara

Written by: Deen


Previous post

Sukan

Fandi ‘tangisi’ nasib Sri Pahang

Kuantan: Kekecewaan tidak dapat disembunyikan pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad selepas skuad itu tewas 2-3 kepada PDRM FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

today9 November 2023