Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Story

Ayuh Sokong PKS Tempatan & Sama-Sama Kita #BaikSemula

today15 September 2021

Background

Pejam celik pejam celik kita dah pun menghampiri tarikh keramat , yang mana suatu ketika dulu tanggal 1957 negara kita di gegarkan dengan laungan Merdeka oleh Tuanku Abdul Rahman , Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bayangkan perasaan jika kita berada di situ, mesti terharu, gembira, teruja dan macam-macam lagi kan? Sekarang dah 64 tahun berlalu, masih adakah lagi semangat patriotisme yang membara dalam jiwa kita semua terutama anak muda?

Mungkin cara kita tunjukkan jiwa anak Malaysia yang Merdeka berbeza untuk setiap generasi, bagaimana pula dengan generasi kali ini? Kita di uji dengan Pandemik Covid19 yang memberi impak dan kesan yang sangat dasyat kepada ramai orang. Jadi, apa peranan kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab untuk menjadikan Malaysia #BaikSemula?

Ayuh Malaysia, kita sokong Perusahaan Kecil & Sederhana Tempatan atau PKS melalui kempen #KitaMalaysia. Sebuah usaha kolektif yang membawa perbezaan sehingga mampu memberi kesan signifikan terhadap proses pemulihan negara. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu daftar masuk ke laman e-dagang WOWSHOP untuk beli barangan buatan Malaysia di wowshop.com.my/kitamalaysia. 

Kempen #BaikSemula Kita Malaysia ini adalah usaha kolaborasi bersama oleh WOWSHOP dan Media Prima Omnia. Objektif utama kempen ini adalah untuk menunjukkan sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana tempatan, dengan harapan dapat memberikan senyuman kepada peniaga-peniaga tempatan ini yang sedang dalam usaha untuk #BaikSemula.

Banyak barangan tempatan yang boleh anda pilih dan paling syok anda boleh dapat 5% pulangan tunai  WOW dengan setiap pembelian. Jadi tunggu apa lagi? Jom beli sekarang di wowshop.com.my/kitamalaysia.

 

 

 

 

 

 

Written by: Nabilah


Previous post