Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Badan Melecur Kena Tumpah Air Teh, Penumpang Saman Syarikat Penerbangan Lebih RM7 Juta

today11 July 2024

Background


Menerusi laporan New York Post, kejadian itu telah menyebabkan dia melecur akibat terkena teh panas tersebut.

Difahamkan, ia berlaku semasa pesawat berkenaan berada dalam keadaan pergolakan udara.

Mangsa, Tahjana Lewis berkata dia ketika itu dalam penerbangan dari Orlando ke Hartford pada 15 Mei. Pada masa itu telah berlaku pergolakan udara menyebabkan isyarat memakai tali pinggang keledar keluar.

Namun, kru kabin tetap menghidang minuman kepada penumpang. Ia menyebabkan teh panas yang dihidangkan kepada penumpang di sebelah Lewis tertumpah ke seluruh tubuhnya dan menyebabkan melecur teruk di dada, kaki dan lengannya sehingga menyebabkannya berparut dan cacat.

Lewis telah menuduh syarikat penerbangan itu menghidangkan minuman “pada suhu yang tidak munasabah dan panas berbahaya. Saman berkenaan telah pun difailkan pada Jumaat lalu.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post