Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Nasional

Badan Peguam lulus usul cabar keputusan ringan hukuman Najib

today16 March 2024

Background


Badan Peguam berkata, ia akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dalam kes SRC International Najib Razak. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Agung Badan Peguam hari ini meluluskan usul untuk memfailkan permohonan bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan hukuman Najib Razak atas sabitan rasuah SRC International.

Bekas presiden Badan Peguam, Zainur Zakaria memberitahu FMT, usul itu diluluskan dengan “majoriti besar”.

Presiden Badan Peguam yang baharu, Ezri Abdul Wahab dalam sidang media berkata, 238 ahli mengundi menyokong usul itu.

Zainur yang mengemukakan usul itu untuk perbincangan ahli, mendakwa Lembaga Pengampunan “bertindak ultra vires di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan” dalam mengurangkan hukuman penjara 12 tahun Najib kepada enam tahun serta denda RM210 juta kepada RM50 juta.

Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata, Najib hanya menjalani hukuman penjara satu setengah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrul Shahabudin


Previous post