Difahamkan, ketika itu Toyota Hilux berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari arah Jertih ke Padang Landak. Namun, sampai di tempat kejadian dia terlanggar motosikal Honda EX5 dari arah belakang.
“Ketika kejadian motosikal itu dilaporkan mahu membuat pusingan U dan mengubah haluan ke lorong tengah untuk ke Masjid At-Taqwa, di kiri jalan,” katanya.
Akibat dari kemalangan itu penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.
“Kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Besut sementara itu pemandu Toyota Hilux tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihaknya juga meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Shafiqqul Aliff Mohamad Sobri di talian 01110929400.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: