Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Bapa Rogol Anak Sejak Tahun 2012, Tiga Anak Jadi Mangsa

today9 November 2023

Background
bapa rogol anak


MUAR, 8 Nov (Bernama) — Seorang pekerja ladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 34 pertuduhan melakukan kesalahan rogol, amang seksual dan kelucahan melampau terhadap tiga anak kandungnya yang berusia 12, 17 dan 18 tahun, sejak 2012.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berusia 41 tahun menghadapi 20 pertuduhan rogol, 11 pertuduhan amang seksual dan tiga pertuduhan kelucahan melampau.

Bagaimanapun, tertuduh hanya mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan kelucahan melampau, 15 pertuduhan rogol dan 10 pertuduhan melakukan amang seksual.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas lima pertuduhan rogol dan satu pertuduhan amang seksual serta menafikan satu pertuduhan kelucahan melampau.

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan ke atas mangsa di enam lokasi berbeza sekitar Muar, sejak 2012 sehingga Oktober lepas.

— LAGI

MAHKAMAH-ROGOL 2 (AKHIR) MUAR

Bagi pertuduhan rogol, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Halifah Hamiruddin


Previous post

Sukan

Umar bakal ke Amerika Syarikat

Johor Bahru: Pemenang pingat emas acara 400 meter Sukan Sea 2023 di Kemboja, Umar Osman bakal mengikut jejak pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi berkelana ke Amerika Syarikat (AS) bagi menyambung pengajian dan mendapat latihan olahraga yang lebih komprehensif.

today9 November 2023