Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Baru Beberapa Hari Dilancarkan, Topi KFC Edisi Terhad Ada Dijual Semula Setinggi RM1,200

today30 September 2023

Background
Topi KFC Ujang PMC dijual semula setinggi RM1,200


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Bagi meraikan ulang tahun ke-50 di Malaysia, KFC telah berkolaborasi dengan kartunis terkenal, Ujang dan jenama pakaian tempatan, Pestle & Mortar Clothing (PMC) untuk menghasilkan topi reversible bucket hat edisi terhad.

Artikel Berkaitan:

Sesuai dijadikan koleksi, ada yang mengambil peluang untuk menjual semula dengan berkali-kali ganda nilainya daripada harga asal.

Menerusi hantaran Facebook Ibrahim Ujang Anon, didapati topi tersebut ada dijual semula menerusi platform GRAILED pada harga mencecah USD255, jika mengikut pertukaran mata wang Malaysia pada ketika ini bernilai RM1,199.

Menerusi platform itu juga, terdapat dua lagi unit topi dijual semula pada harga USD199 (RM935) dan USD179 (RM841).

Untuk makluman, topi ulang tahun ke-50 KFC itu mempunyai dua rekaan berbeza pada bahagian luaran dan dalaman, sekaligus membolehkan pengguna menggayakan topi tersebut dengan mana-mana rekaan diminati.

Topi berharga RM29.90 itu boleh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post