Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengesahkan beliau akan terus mengendalikan Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia musim ini selepas membantu pasukannya memenangi Piala Sumbangsih semalam.
Mora sebelum ini memberi bayangan akan meninggalkan pasukan tersebut untuk mengikut jejak langkah pemilik kelab, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) yang menegaskan akan bersara daripada terlibat dalam aktiviti bola sepak jika JDT tewas kepada KL City.
Namun kemenangan 3-0 ke atas skuad kendalian Bojan Hodak itu mengubah pendirian Mora yang mahu berkhidmat dengan JDT untuk tempoh yang lama.
“Tidak (letak jawatan)… saya sambung kontrak lagi (sambil ketawa), sudah tentu kegembiraan saya untuk melatih pasukan ini. Saya sangat bersemangat untuk memberikan yang terbaik, saya tahu saya mempunyai banyak kepercayaan terhadap pemain dan banyak kepercayaan kepada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: