Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Berang Sebab Tak Dapat Untung, Peniaga Buang Semua Telur Ayam

today26 January 2021

Background

Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Peribahasa ini cukup popular, bagi menggambarkan keadaan apabila disebabkan timbul suatu masalah kecil, seseorang mengambil tindakan drastik yang terburu-buru sehingga menyebabkan kerugian kepada diri sendiri.

Begitulah yang terjadi di negara jiran, Indonesia apabila seorang peniaga bertindak untuk membuang kesemua jualan telur ayamnya ke dalam sawah.

Difahamkan tindakannya ini kerana di Magetan, Jawa Timur harga telur dijual dengan harga murah dan menyebabkan dia gagal mengaut keuntungan dari hasil jualannya.

Dalam video berdurasi 1 minit 30 saat itu, dia meluahkan rasa kecewa dengan mengatakan penternak nak jadi apa kalau harga barang mentah naik tapi harga telur semakin turun.

“Saya buang semua telur ni sebab rasa kecewa dengan harga telur di pasaran makin menurun dan tidak mendatangkan apa-apa hasil. Jadi, saya puas hati buang telur ni!”

Menerjah ruangan komen, rata-rata netizen melemparkan rasa marah dan sedih dengan sikap peniaga tersebut.

Menurut mereka, ramai lagi yang hidup susah dan kelaparan di luar sana. Malah ada yang berkata, daripada buang begitu, lebih baik sedekah kepada yang lebih memerlukan.

May be an image of 1 person

Bagaimanapun, peniaga tersebut sudah memohon maaf kerana mendapat kecaman hebat dari netizen. Janganlah kita bersikap terlalu mengikut emosi, padah akibatnya!

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Elak Terbeli Telur Busuk Dengan Cara Ini

Makan Sebiji Telur Sehari Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit Diabetes Sebanyak 60 Peratus

 

 

 

 

Sumber: youtube

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Sukan

Ozil bahagia di Fenerbahce | Harian Metro

London: Kegembiraan jelas terpancar di wajah Mesut Ozil ketika sesi latihan pertama bersama Fenerbahce selepas berpindah dari Arsenal. Pemain Jerman itu secara rasmi menandatangani kontrak dengan kelab Turki itu minggu lalu selepas tujuh setengah tahun di Utara London. Ia perpindahan diharapkan Ozil sejak permulaan musim selepas disisihkan daripada skuad 25 pemain Mike Arteta. Fenerbahce yang kini menduduki tangga ketiga Super Lig menaruh kepercayaan tinggi ketika mendapatkan Ozil.... Klik untuk baca […]

today26 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *