Menerusi perkongsian di Threads jiedgaf__, wanita itu berkongsi bagaimana seorang pengemis telah menghinanya selepas dia menderma RM1 kepadanya.
Difahamkan, pada masa itu dia sedang berjalan dan kemudiannya ternampak seorang pengemis di kaki jalan itu.
Oleh kerana dia melihat bekas duit pengemis itu masih kosong, dia mengambil keputusan untuk memberikan kepadanya.
Namun, selepas dia meletakkan duit itu ke dalam bekas, dia terdengar pengemis itu meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan jumlah yang dia berikan kepadanya. Perkara itu juga membuatkan wanita berkenaan sedih sehingga mempertikaikan keikhlasannya.
“Dia amik duit tu pastu dia cakap “bodoh kedekut betul singgit je” pastu dia campak duit tu dalam bekas tu semula. Lepas aku nampak tu, aku menangis, aku rasa seringgit aku tak dihargai. Terus timbul rasa tak ikhlas, menyesal dan tak nak sedekah dekat orang dah,” ujarnya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: