Menerusi sumber, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata panggilan berhubung penemuan ular itu diterima pada jam 9.56 malam.
Tambah beliau, susulan daripada itu sepasukan enam terdiri daripada pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.
“Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, anggota mendapati ular sawa berkenaan masih berada di dalam saluran longkang sebelum memulakan kerja mengeluarkan reptilia itu,” katanya.
Menurut beliau, anggota menggunakan alat penjerut dan berjaya menangkap 29 ekor ular terbabit.
“Ular tersebut kemudian dilepaskan di tempat yang selamat, sebelum anggota berkenaan pulang semula ke balai Bomba,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: