Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Cara Simpan Cili Supaya Tahan Lebih Lama, Cubalah

today5 March 2024

Background
CARA SIMPAN CILI


Pening kepala dibuatnya bila beli cili di kedai tetapi cepat busuk dan rosak. Jangan risau, ada jalan penyelesaiannya iaitu dengan mencuba cara simpan cili seperti perkongsian pengguna TikTok di bawah ini.

Jelasnya, dengan menggunakan tips ini cili tahan berminggu-minggu di dalam peti ais. Lebih senang kerana tidak perlu beli berulang kali di kedai.

Baca juga: Resepi Puding Jagung Kastard Sedap Berlemak & Lembut, Sekali Cuba Mesti Teringat!

CARA SIMPAN CILI SUPAYA LEBIH TAHAN LAMA, CUBALAH

CARA SIMPAN CILI

Cara-caranya mudah sahaja. Jom cuba!

1. Cabut tangkai/batang cili.

2. Setelah cabut tangkai, basuh semua cili sehingga bersih dan keringkan.

3. Kemudian, ambil bekas dan lapikkan dengan tisu kering.

4. Masukkan cili yang sudah dibuang tangkai dan beberapa ulas bawang putih yang sudah dibuang kulit.

5. Tutup bekas dan simpan di dalam peti ais.

Fungsi bawang putih boleh membuatkan cili tahan lebih lama di dalam peti ais. Berminggu-minggu simpan pun tetap masih elok.

Mudah sahaja…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Siti Aznm


Previous post