KUALA LUMPUR – Cawangan keempat Rightside di pusat beli-belah MidValley Mall telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Books Of Record (MBOR) sebagai restoran makanan segera berasaskan tumbuhan pertama di negara ini.
Menurut Pengerusi Eksekutifnya, Zhafran Yusof, dengan pengiktirafan tersebut, pihaknya berharap agar orang ramai dapat menerima segmen masakan segera berasaskan tumbuhan adalah pilihan yang lebih sihat berbanding makanan segera lain.
Ia juga akan menjadi pendorong kepada syarikat untuk sentiasa komited memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai termasuk vegan dan juga bukan vegan.
“Kami menawarkan hidangan berasaskan tumbuhan yang meniru rasa dan tekstur produk daging traditional, mencabar tanggapan bahawa makanan berasaskan tumbuhan sememangnya hambar.
“Pasukan ahli kimia kami sentiasa berdedikasi dalam memperhalusi menu yang ditawarkan untuk memastikan penyediaan hidangan yang berkualiti tinggi untuk dinikmati oleh pelanggan,” katanya dalam majlis…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: