Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Cucu atuk..” Gelagat Ismail Sabri Bersama Cucunya Mencuit Hati Netizen

today17 December 2020

Background

Siapa sangka gelagat Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini sekali lagi mencuri perhatian warganet di media sosial, baru-baru ini. Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, beliau telah memuat naik rakaman video dirinya meniru cara cucu perempuannya berjalan dengan cara yang comel.

Beliau meletakkan kapsyen “Bila dgn cucu kita kdg2 jadi lebih baby dari cucu..” ternyata benar kata orang bahawa selalunya ibu ayah akan lebih berlembut bila dengan cucu. Kadang kala anak lebih manja bersama atuk dan nenek mereka hanya kerana rasa sayang yang sangat istimewa antara mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nina Sabrina Ismail Sabri (@ninaismailsabri)

Video yang berdurasi selama 11 saat itu menunjukkan Jeanelle Nika Mandagie atau lebih mesra disapa sebagai Jeanelle ini terlihat sedang berjalan ke arahnya lalu memeluk kaki datuknya itu. Dalam video tersebut jelas terlihat Datuk Ismail Sabri telah mendepakan kedua-dua tangannya sambil mengajuk gaya cucunya berjalan.

Rata-rata video tersebut berjaya menarik perhatian ramai sehingga ada yang meninggalkan komen yang melucukan di Instagram miliknya. Siapa sangka seorang yang sering memberi muka serius ketika membuat pengumunan di kaca televisyen boleh buat gelagat yang mencuit hati.

Sesiapa sahaja akan hilang rasa penat menguruskan hal kerja apabila sampai di rumah dan disambut dengan senyuman tawa anak dan cucu. Bak kata pepatah, masa itu emas jadi sama-samalah kita menghargai setiap saat bersama keluarga.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Rupanya Ramai Yang Nak Bernikah” – Ismail Sabri

Enot Dapat Cucu, Tahniah!

 

 

Sumber: Instagram Datuk Seri Ismail Sabri

Written by: Adinna


Previous post

131155621_3929480883751026_5339334580652243207_o

Sukan

Kedah Darul Aman FC Keluarkan Kenyataan Rasmi Berkaitan Isu Pemilihan Logo Baharu Pasukan

Berikutan isu yang timbul didalam media sosial selepas pengumuman logo rasmi pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC semalam, pihak pengurusan tertinggi pasukan melalui Ketua Pegawai Eksekutif, En Khamal Idris Hj Ali mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai perkara itu. Dipetik dari laman sosial rasmi pasukan KDA FC yang telah memuat naik kenyataan itu pagi ini, keputusan pemilihan telah dibuat oleh jawatankuasa pemilih serta undian secara atas talian oleh KFA merupakan satu […]

today17 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *