Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad memberitahu Dewan Rakyat baru-baru ini, pelantikan anak muda berusia 26 tahun itu turut mengambil kira penglibatannya dengan alumni universiti berkenaan.
“Lantikan beliau (sebagai Ahli Lembaga Pengarah) adalah berdasarkan bahawa penglibatannya dengan alumni universiti terbabit.
“Inilah masa yang paling sesuai untuk kita memberi kepercayaan kepada orang muda terutamanya dalam melihat peranan mereka sebagai Ahli Lembaga Pengarah,” katanya.
Tambah beliau lagi, pelantikan itu betul dan Danesh Raj mewakili komposisi alumni universiti berkenaan berdasarkan penglibatan aktifnya dalam program dan aktiviti sepanjang bergelar mahasiswa.
“Sehingga kini pun, beliau masih lagi menyumbang kepada aktiviti alumni UM.
“Saya sudah nyatakan sebelum ini, pelantikan beliau sebagai satu bentuk penghargaan kepada orang muda, di samping memberi peluang kepadanya menyumbang untuk UM pada kaca mata alumni itu sendiri,” ujarnya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: