Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Persatuan bola sepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan senarai 29 orang pemain yang telah dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula hari Khamis, 19 Mei 2022 sebagai persiapan menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Myanmar dan Hong Kong serta saingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil bulan depan.
Berdasarakan senarai tersebut, pengendali negara, Kim Pan Gon mengekalkan 20 pemain daripada pemain yang dibawa ke Singapura bagi dua perlawanan FAS-Tri Nations Series 2022 bertemu Filipina dan Singapura pada bulan Mac lalu.
Lebih mengejutkan, penyerang naturalisasi, Guilherme De Paula kembali dipanggil bersama pemain berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha. Turut dipanggil ialah Matthew Davies, Junior Edstal, Nazmi Faiz Mansor, Afiq Fazail, Syahmi Safari dan Darren Lok.
Penjaga gol Negeri Sembilan, Ahmad…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: