Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang merakam dirinya sambil meluahkan perasaan kecewa dan sedih.
Apa yang lebih membuatkan ramai geram adalah apabila dia sempat berkongsi ejekan dan hinaan yang diterima daripada orang luar.
“Hang ni nanti, siapa nak angkat hang, takkan nak bagi bomba angkat hang” katanya.
Gadis yang dikenai sebagai Tomey itu tetap tabah dan senyum walaupun hatinya telah terluka dan sakit. Dia juga menasihati orang ramai yang menghadapi masalah sama supaya jangan down.
Tambahan lagi, Tomey juga berkongsi pengalamannya untuk meminta kerja tetapi ditolak gara-gara alasan tidak boleh melakukan pekerjaan kerana saiz badan yang besar.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: