Menerusi video yang dimuat naik oleh @ungshah atau nama sebenarnya Dr Ungku Shahrin yang merupakan Presiden Pertubuhan Doktor Estetik Berdaftar Malaysia, Aesthetic Global Speaker, seeloknya bedak sejuk haruslah diperbuat daripada beras kencur.
“Nenek saya dulu pun gunakan bedak sejuk ni untuk disapu di muka terutama pada waktu malam sebelum tidur. Kalau kita lihat, sebenarnya effect pada kulit muka kita pertamanya dia akan kurangkan minyak pada kulit.
“Seterusnya, jerawat pun akan kurang. Dia juga boleh menyebabkan kulit kita jadi lebih putih ataupun menghilangkan pigmentasi.
“Ada bahan dalam beras tadi tu yang secara tidak langsung juga akan mengurangkan proses pigmentasi atau mengurangkan tompok hitam yang ada pada muka kita,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: