Menurut Harian Metro, Shamsuri yang juga merupakan seorang pengamal perubatan Islam berkata, dia dan isteri dikurniakan cahaya mata lelaki namun belum memberi nama kepada bayi mereka itu.
“Alhamdulillah, perasaan sangat teruja dan bersyukur kerana Allah SWT permudahkan urusan kehamilan isteri yang tidak alami alahan sehingga dia selamat bersalin. Sebenarnya, bukan hanya saya dan isteri malah anak lain pun teruja dapat adik baru.
“Sebagai suami, saya ucapkan terima kasih kepada isteri atas pengorbanannya melahirkan cahaya mata kami. Sukar nak mencari seorang isteri yang tabah, penyayang, tenang serta bertanggungjawab sepertinya malah dia adalah tulang belakang serta penguat semangat saya,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: