Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Dunia Baru, Journey To Mythica Akan Datang Ke Pawagam 4D Di Legoland Malaysia Resort!

today11 November 2022

Background


Baru-baru ini, Legoland Malaysia Resort telah melancarkan filem 4D serba baharu iaitu LEGO MYTHICA – JOURNEY TO MYTHICA! Filem 4D baharu yang mengujakan ini semestinya dapat memberikan anda keluarga pengalaman 4D sepenuhnya bermula dari 11 November ini.

Jom kami kongsikan dengan lebih lanjut!

LEGO MYTHICA – JOURNEY TO MYTHICA mengisahkan pengembaraan Bobs, iaitu Alicorn kecil yang berani ke dunia yang belum ditemui, iaitu alam yang telah dicipta oleh imaginasi kanak-kanak, di mana makhluk LEGO menjadi nyata.

Bobs yang ingin menyelamatkan dunia mitos ini juga menghadapi pelbagai pengalaman mencabar seperti meredah hutan ajaib, mengharungi lautan yang bergolak, melarikan diri dari Chimera, melambung dengan Maximus the Sky Lion dan membuat percikan bersama dengan Duo the Hydra, sebelum Bobs menemui kuasa sebenar beliau. Tetapi adakah Bobs sempat untuk menyelamatkan dunia tersebut?

Daya hayat LEGO MYTHICA yang pernah berkuasa juga menjadi semakin lemah dan semakin mati…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Alia Natasha


Previous post