Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Durian Papa Muda Di Kajang Tarik Perhatian Ramai, Tampilkan Abang Sado Sebagai ‘Pelaris’

today11 July 2024

Background


Menerusi video di TikTok, gerai durian yang diberi nama Durian Papa Muda itu memaparkan peniaga lelaki bertubuh sado yang menjadikan gerai tersebut menarik kedatangan pelanggan ke situ.

Menurut laporan Harian Metro, salah seorang peniaga, Muhammad Al Irfan Mohamad Al Hady atau dikenali Irfan berkata, dia bukan sengaja tidak berbaju untuk ‘menayang’ badan dengan niat mahu tular atau menarik kedatangan pelanggan ke gerai.

Sebaliknya, Irfan berkata video dirakam dan dimuat itu adalah ketika dia sibuk mengatur, menyusun serta menempatkan bekalan durian yang baru tiba di gerai.

“Waktu itu tengah hari dan buah (durian) baru sampai dari Johor, saya pula pakai baju tebal.

“Tak sangka pula ada pelanggan rakam video, kakak pun sama (rakam) untuk ‘content’ (bahan perkongsian) di TikTok.

“Tak sangka pula apa kakak kongsikan itu dapat perhatian sampai ramai pelanggan datang, kebanyakannya tahu daripada TikTok cuma di komen ada juga kecam tapi saya terima saja,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Sukan

MSC 2024: Arcadia belum puas hati prestasi SRG

Kuala Lumpur: Jurulatih pasukan Selangor Red Giant (SRG), Michael Angelo Bocado belum berpuas hati dengan persembahan anak buahnya meskipun layak ke pusingan separuh akhir Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Mid Season Cup (MSC) di Riyadh, Arab Saudi, semalam.

today11 July 2024