Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

EcoWorld Jual Tanah Di Johor Kepada Microsoft Dengan Harga RM402.3 Juta

today11 June 2024

Background


Eco World Development Group Bhd (EcoWorld Malaysia) mengumumkan rancangan untuk melupuskan tanah perindustrian seluas 49.83 hektar di Eco Business Park VI (EBP VI), Kulai kepada Microsoft Payments (Malaysia) Sdn Bhd dengan harga RM402.3 juta, lapor Berita Harian.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, EcoWorld Malaysia menyatakan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Eco Business Park 6 Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian jual beli bersyarat dengan Microsoft Payments pada 7 Jun untuk pelupusan tanah tersebut.

Sebahagian daripada hasil jualan tanah itu akan digunakan untuk membangunkan kawasan tersebut dan membiayai perbelanjaan berkaitan, dengan cadangan penjualan tanah dijangka diselesaikan dalam tempoh 24 bulan dari tarikh SPA.

Selain itu, sebahagian daripada hasil jualan juga akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank bagi tanah berkenaan. Namun, kuantum peruntukan bagi setiap tujuan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post