PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB) telah memeterai Perjanjian Pemasangan Kenderaan utama dengan BAIC International Development Co. Ltd (BAIC) bertujuan untuk mengukuhkan hubungan strategik syarikat untuk pelabur asing dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Di bawah syarat perjanjian tersebut, EPMB melalui anak syarikat milik penuhnya, Peps-JV (Melaka) Sdn. Bhd. akan melaksanakan pemasangan dan pengeluaran kenderaan BAIC iaitu bagi model x55ii, BJ40+ dan barisan kenderaan elektrik (EV) yang dijadualkan dilancarkan tahun depan.
Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah berkata, sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, BAIC akan menyediakan sokongan teknikal dan latihan yang berkaitan, serta bimbingan dan penyeliaan terhadap proses pemasangan dan pembuatan.
EPMB pula akan bertindak sebagai pemasang kenderaan, memastikan kenderaan BAIC dipasang dengan teliti untuk memenuhi standard kualiti dan prestasi tertinggi serta bertanggungjawab ke atas penjualan dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: