Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brighton & Hove Albion difahamkan semakin hampir untuk mengumumkan Fabian Hurzeler sebagai pengurus baharu pasukan tersebut.
Hurzeler yang merupakan pengendali kelahiran Amerika Syarikat bakal mengisi kekosongan ditinggalkan pengurus terdahulu, Roberto De Zerbi.

Baca Juga:
Jodoh De Zerbi dan Brighton berakhir pada penghujung musim ini dimana kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan bersama untuk berpisah.
Lebih menarik untuk diperkatakan mengenai Hurzeler, beliau yang sebelum ini membimbing St. Pauli dalam Liga Divisyen 2 Bundesliga hanya berusia 31 tahun.
Sehubungan dengan itu, Hurzeler akan bergelar pengurus tetap termuda dalam sejarah EPL dimana sebelum ini dipegang oleh bekas pengurus Fulham, Chris Coleman (32 tahun 7 bulan).
Mungkin ada yang mengatakan rekod itu dipegang oleh Ryan Mason (29 tahun 10 bulan) dan Attilio Lombardo (32 tahun 2 bulan) turut pernah melakukannya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: