PETALING JAYA – Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menyeru kerajaan supaya menumpukan perhatian kepada pembaharuan undang-undang buruh dan produktiviti, berbanding memperkenalkan gaji minimum baharu.
Pengerusinya, Datuk William Ng berkata, ketika pihak persatuan tidak menentang sebarang kenaikan munasabah dalam gaji minimum, kenaikan tersebut perlu selaras dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan produktiviti buruh.
Jelas beliau, pembaharuan undang-undang buruh penting supaya selari dengan perkembangan ekonomi gig dan ekonomi pasca pendemik.
“Seeloknya, kita perlu mengaitkan gaji dengan produktiviti supaya golongan pekerja dapat menikmati kemakmuran bersama apabila ekonomi negara bertambah baik.
“Sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti, atau PLWS yang dipromosikan oleh Kementerian Sumber Manusia sendiri mendapat banyak minat dari kalangan perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), namun undang-undang buruh,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: