Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gelagat Budak Nak Keluar Main Tapi Kena Paksa Solat Dulu

today12 June 2024

Background


Iyalah, masa kecil adalah waktu kita hanya bermain dan seronok bersama kawan-kawan tanpa memikirkan masalah yang rumit.

Namun, tular pula sebuah video di laman TikTok ini memaparkan gelagat seorang budak perempuan yang tidak dapat bermain dengan kawan kerana disuruh solat oleh ibunya mencuit hati ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hamizahnorizan, kelihatan budak perempuan itu sedang solat sambil menangis.

Dia dilihat membaca surah dengan suara yang teresak-esak. Rupa-rupanya, dia disuruh solat terlebih dahulu sebelum keluar bermain.

Ibunya yang merakam gelagat si anak hanya mampu tergelak. “Bila kawan-kawan lain dah siap solat tapi dia baru terkedek-kedek nak solat. Semoga jadi anak solehah kakak,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post