Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gembira Dapat Balik Awal, Cikgu Tak Sampai Hati Beritahu Ayah Mereka Meninggal Dunia

today13 June 2024

Background


Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan tiga beradik melambai gembira ke arah guru mereka selepas diberitahu dapat pulang ke rumah awal.

Namun, apa yang mereka tidak tahu sebenarnya mereka dapat pulang awal adalah kerana ayah mereka yang meninggal dunia.

Cikgu berkenaan juga tidak sampai hati memberitahu mereka perkara sebenar kerana berasa kasihan pada mereka.

“Cikgu pun tak sampai hati nak beritahu perkara sebenar. Sehingga ada makcik murid ni yang datang ambil. Baru lah tahu perkara sebenar, meraung menagis. Ya allah kau berikan kekuatan buat anak murid Cikgu Ain, Azalea dan adik beradiknya,” tulisnya.

Selepas tularnya video tersebut, ramai yang ingin memberikan sumbangan kepada keluarga tersebut. Dia juga berkongsi maklumat yang orang ramai boleh salurkan kepada ahli keluarga.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post