Menurut beliau, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada trend muflis dalam kalangan belia antaranya pinjaman perniagaan (1,148 kes), pinjaman perumahan (474 kes), hutang lain-lain (463 kes), sewa beli kenderaan (444 kes) dan penjamin korporat (383 kes).
Tambahnya, untuk menangani isu ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara akan melaksanakan Kursus Literasi Kewangan Belia (Youth Financial Literacy) dari April hingga Oktober tahun ini di seluruh negara, dengan sasaran 30,600 peserta menjelang 2030.
“Bagi tahun 2025, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut melaksanakan program Genta Pemerkasaan Ekonomi Belia khususnya bagi zon tengah yang mengetengahkan elemen kos sara hidup kepada peserta belia.
“Selain itu Jabatan Insolvensi Malaysia juga telah dan akan terus melaksanakan pelbagai program bagi mewujudkan kesedaran masyarakat tentang isu muflis dengan melaksanakan program bersama masyarakat, outreach program, jelajah insolvensi,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: