Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

GPS Menang Besar 76 Kerusi, Abang Johari Kini Sah Ketua Menteri Sarawak Ke-7

today19 December 2021

Background


Abang Johari yang lengkap berpakaian baju Melayu hitam, mengangkat sumpah jawatannya di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di sini.

Turut hadir isteri Taib, Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan isteri Abang Johari, Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Hadir sama menyaksikan upacara itu ialah Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Timbalan Ketua Menteri dalam barisan Kabinet sebelum ini.

Ini kali kedua Abang Johari, yang hari ini memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada PRN12, dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Kali pertama adalah pada 13 Januari 2017, sebagai menggantikan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post

Sukan

Yew Sin-Ee Yi bawa pulang gangsa

Kuala Lumpur: Cabaran Malaysia di Kejuaraan Dunia 2021 berakhir malam ini, selepas wakil terakhir Malaysia, pasangan beregu Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, tersingkir pada perlawanan separuh akhir.

today19 December 2021