Difahamkan, pengadu berusia 53 tahun menyatakan ketika berada di pejabat sekolah, beliau didatangi dua murid perempuan Tahun 6 dalam keadaan takut dan menangis.
Menurut beliau, kedua-dua murid mendakwa suspek mengajak mereka masuk ke ‘rumah hantu’ yang dibuka di kawasan sekolah sempena Hari Karnival Sekolah pada Sabtu ini.
“Mereka mengikut kerana teruja mencuba tanpa berfikir apa-apa, namun ketika berada di dalam ‘rumah hantu’ itu kira-kira jam 10 pagi, suspek didakwa meraba kemaluan dan payu dara kedua-dua murid berkenaan.
“Terkejut dengan kejadian itu, pengadu meminta beberapa guru wanita menenangkan kedua-dua mangsa yang dalam ketakutan,” katanya.
Md Nazri berkata, pengadu dan beberapa guru lain mencari suspek yang masih berada di kawasan ‘rumah hantu’ terbabit dan bertanya mengenai kejadian itu namun suspek menafikannya.
“Guru besar berkenaan segera menghubungi penjaga kedua-dua mangsa dan menceritakan hal itu sebelum membuat laporan polis.
“Ujian saringan awal air kencing ke…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: