Perkara ini turut mencetuskan kemarahan orang ramai terhadap perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu.
Memetik laporan dari Berita Harian, Sebanyak 509 kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku dalam tempoh 2018 hingga Februari lepas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata tiga negeri mencatatkan jumlah kes kumulatif tertinggi dalam tempoh berkenaan iaitu Selangor dengan 111 kes, diikuti Johor (64) dan Sabah (56).
Menurutnya daripada jumlah itu, 50 kes atau 9.82 peratus telah dituduh di Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh 2022 hingga 2023, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyelamatkan 101 kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai kanak-kanak dibuang ibu atau bapa atau penjaga.
Daripada jumlah itu, 15 kes disebabkan kecuaian ibu bapa atau penjaga, 11 kes kanak-kanak dibuang kerana anak tidak sah taraf, faktor masalah kewangan (empat kes) dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: