Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Hasil Glomac menurun kepada RM266.7 juta

today14 June 2024

Background


PETALING JAYA – Glomac Berhad (Glomac) melaporkan hasil berjumlah RM266.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2024 (TK2024), berbanding RM341 juta yang direkodkan tahun sebelumnya.

Menurutnya dalam satu kenyataan, hasil lebih rendah adalah disebabkan penyiapan beberapa projek pembangunan pada TK2023, termasuk pelbagai fasa kediaman di Saujana Perdana serta Plaza@Kelana Jaya, yang merupakan pembangunan kediaman bersepadu Kumpulan di daerah Petaling Jaya – Damansara bernilai RM348 juta.

Jelasnya, projek-projek yang baharu dilancarkan ini, meskipun menikmati jualan yang baik, masih dalam peringkat awal pembangunan dan belum menyumbang dengan ketara kepada hasil Kumpulan.

“Keuntungan sebelum cukai (PBT) pula adalah berjumlah RM32.9 juta, berbanding RM50.5 juta pada TK2023.

“Ia terutamanya disebabkan oleh kos pembinaan lebih tinggi dan perbelanjaan faedah yang meningkat,” katanya.

Pada masa sama, Glomac berharap dapat mengekalkan momentum jualan tahun ini menerusi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post