Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hasil Kerja Sambil Lewa Pihak Ketiga Didapati Jadi Punca Jalan Raya Di Sabah Rosak Semula

today29 September 2023

Background
Sebahagian jalan raya Sabah jadi semula macam permukaan bulan


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Baru-baru ini penduduk Sabah meluahkan rasa kekecewaan apabila jalan raya yang baru dibaiki sempena jelajah Kembara Kenali Borneo kembali rosak semula.

Artikel Berkaitan:

Memetik satu kemas kini berhubung isu tersebut, kualiti kerja kontraktor daripada pihak ketiga yang rendah dipercayai punca laluan di Jalan Gum-Gum, Sandakan, rosak walaupun jalan raya itu telah ditambah baik sebelum ini.

Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, perkara yang ditularkan di media sosial mengenai jalan rosak itu telah diambil maklum oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Sebenarnya, jalan tersebut sebelum ini telah melalui kerja pelebaran, namun dilakukan oleh pihak ketiga.

“Bukan disebabkan guna bahan tidak berkualiti, tetapi kemungkinan kualiti kerja yang rendah semasa buat kerja pelebaran itu dilakukan,” katanya selepas dihubungi Sinar Harian.

Tambah beliau lagi, pihak JKR daerah sepatutnya telah memeriksa dan memantau…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post