Selain daripada isu COVID-19, penipuan atas talian turut menggemparkan orang ramai pada tahun ini apabila ramai rakyat Malaysia tertipu dengan pembayaran semula atau pembelian barangan yang mencecah ribuan ringgit.
Penularan berita ini membuatkan ramai lebih berwaspada dengan tindak-tanduk mereka. Namun kini, mereka yang tidak bertanggungjawab mula melakukan penipuan cara baru untuk dapatkan sejumlah duit yang banyak.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna twitter yang menggunakan nama @adamhaiqal89. Menurutnya, kejadian ini terjadi pada dirinya semalam di sebuah pasar raya apabila seorang lelaki ingin bertanyakan tentang CIMB Cliks.
“Dia tanya apa yang perlu di isi pada bahagian transaction instruction. Jadi, saya ajar satu persatu. Tiba-tiba dia kata kad CIMB miliknya ditelan dan nak pindahkan duit pada akaun saya untuk saya keluarkan beri pada dia.”
Tambah Adam, dia terus menghulurkan bantuan tanpa berfikir panjang tapi dia bernasib baik kerana dia mula terfikirkan beberapa faktor. Antaranya…
Diringkaskan cerita, Adam memberitahu modus operandi scammer cara baru kepada orang ramai supaya tidak ramai yang terkena.
Harap individu yang menggerakkan operasi sistem scammer ni berhenti untuk menganiaya orang lebih-lebih lagi di musim pandemik yang menjerut ekonomi negara.
Sama-samalah berusaha mencari rezeki yang halal.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Cara Semak Mule Dan Nombor Akaun Bank Scammer
Siapa 5 Hackers Paling Bahaya Di Dunia Ni?
Sumber: twitter
Post comments (0)