Adakah anda berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang perikanan? Jangan lepaskan peluang menyertai Program Sijil Perikanan di Akademi Perikanan Malaysia (APM), Chendering, Terengganu!
Program ini menawarkan yuran pengajian PERCUMA, elaun bulanan sebanyak RM200, elaun latihan industri sebanyak RM300, serta penginapan dan makan minum disediakan sepanjang pengajian.
Syarat kelayakan mudah! Anda hanya perlu:
Berumur antara 18 hingga 30 tahun,
Sihat tubuh badan,
Dan mempunyai kelulusan minimum SPM dengan lulus dalam Bahasa Melayu, Matematik, dan Sains.
Permohonan dibuka sepanjang tahun dan pengambilan pada bulan Mac 2025.
Mohon sekarang secara atas talian di epengambilan.dof.gov.my/permohonan-program-sijil-perikanan.
Untuk maklumat lanjut, layari www.apm.dof.gov.my atau hubungi 09-6172361.