Kemajuan teknologi dunia semakin pesat membangun. Tidak lama lagi tidak mustahil akan wujudnya kereta terbang di dunia selepas tamatnya pandemik Covid-19. Semalam satu berita telah dikongsikan oleh Orbital Assembly Corporation (OAC),Voyager Station di mana akan ada hotel angkasa lepas pertama akan dibina. Selepas ini kita bukan sahaja boleh pilih bilik menghadap pantai, malah boleh juga booking bilik yang menghadap bulan!
Menurut laporan, kerja-kerja pembinaan hotel angkasa lepas pertama di dunia di orbit rendah Bumi akan bermula pada tahun 2025. Hotel ini bakal dibangunkan oleh Orbital Assembly Corporation (OAC),Voyager Station dan mungkin akan beroperasi seawal 2027 lengkap dengan infrastruktur yang dibangunkan di orbit mengelilingi Bumi.
Tambah laporan, hotel tersebut juga akan dilengkapi beberapa buah restauran, sebuah pawagam, spa dan bilik untuk 400 orang. Selain dijadikan hotel untuk dihuni oleh orang ramai, ia juga akan menampilkan rangkaian pod yang dipasang di bahagian luar gegelang berputar dan sebilangan daripadanya boleh dijual kepada golongan seperti NASA dan ESA untuk penyelidikan ruang angkasa.
Seterusnya, hotel tersebut berbentuk sebuah lingkaran besar dan akan berputar untuk menghasilkan graviti buatan yang berada pada tahap sama dengan graviti di permukaan Bulan. Ini adalah untuk memastikan bakal penghuninya nanti tidak rasa janggal dengan atmosphera di angkasa lepas.
OAC bagaimanapun tidak berkongsi butiran mengenai kos untuk membina hotel tersebut atau bayaran penginapan yang dikenakan. Tambah OAC, kos pembinaan menjadi semakin murah dan mereka berterima kasih kepada kapal angkasa yang boleh digunakan semula seperti Falcon 9 milik SpaceX dan kapal angkasa masa depan, Starship.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Tak pernah arah tutup hotel ketika PKP
Hotel bersekongkol tawar khidmat seks wanita asing guna WeChat
Sumber: Kosmo